Tuesday, March 30, 2010

Peraturan Pengedar HPM

Peraturan Pengedar


Sekiranya anda adalah seorang pengedar, sila baca peraturan yang ditetapkan pihak syarikat atau status "pengedar" anda akan ditarik!!

1. Ahli / pengedar wajib membeli 3 kotak atau RM 450 (WM) , RM 480 (SS&Langkawi), RM 540 (Brunei / Singapura) untuk berdaftar secara sah sebagai Ahli/ pengedar HPM.

2. Ahli / pengedar wajib hanya menjual sekotak kepada penguna pada harga RM 200 (WM), RM 210 (SS), RM 230 (Brunei / Singapura).

3. Pengedar yang aktif wajib memberikan maklumat lengkap : Nama , K/P, Alamat, H/P, Akaun no MBB / CIMB kepada HPM.

4. Peraturan baru mulai Jun 2008: Setiap pengedar wajib memberi nama penuh & nombor kad pengenalan pasangan.

5. Peraturan baru mulai Jun 2008: Pengedar tidak dibenarkan menaja pasangan.

6. Sekiranya Herba Prima mendapat aduan secara bertulis atau lisan bahawa terdapat pengedar yang menjual kepada penguna di bawah harga yang telah ditetapkan atau menaja pengedar bawahan di bawah harga yang ditetapkan, Herba Prima mempunyai hak untuk menarik balik perlantikan Pengedar tersebut tanpa prasangka.

7. Pengedar yang aktif wajib memiliki / membeli segala bahan bantuan perniagaan yang di keluarkan oleh HPM (Banner, Buletin HPM, Video CD, kad keahlian bercip).

8. Bonus tajaan dikira dengan sistem komisen berkomputer, pembayaran hanya melalui akaun MBB / CIMB pengedar dengan caj RM10 sahaja.

9. Pengedar mestilah bersetuju berkenaan apa yang telah ditetapkan oleh Herba Prima tentang strategi pemasaran, prosedur-prosedur dan undang-undang seperti yang telah ditetapkan dan yang akan diubah dari masa ke semasa.

10. Herba Prima akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengedar jika sekiranya pengedar didapati melangar tindakan, yang mana boleh menyebabkan pencemaran nama baik syarikat ataupun yang melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Herba Prima.

11. Herba Prima mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk meminda mana-mana syarat perjanjian ini dari masa ke semasa tanpa sebarang perbincangan dengan pengedar.

No comments:

Post a Comment